Jejak Ulul Azmi

Lembah Jordan (Aghwar)

Menziarahi makam-makam para sahabat Rasulullah saw dan ketua-ketua muslimin samaada yang syahid didalam peperangan atau yang menjadi mangsa wabak penyakit Taun Amwas yang menyerang pada tahun ke 18 selepas Hijrah. Antaranya Abu Ubaidah Al Jarrah, Muaz b Jabal, Shurahbil b Hasanah, Amir b Abi Waqas dan Dhirar Al Azwar.

Saidina Abu Ubaidah ibnu Al Jarrah adalah antara sahabat terdekat dengan Rasulullah dan antara yang terawal masuk Islam. Dikalangan umat Islam yang berhjrah ke Habshah pada hijrah pertama, Abu Ubaidah terlibat dalam hampir semua peristiwa-peristiwa penting dalam Islam. Selain dari itu, beliau merupakan salah seorang dari sepuluh sahabat yang Rasulullah sebutkan dijamin Syurga. Sebagai panglima tentera Muslimin utara, Abu Ubaidah telah berjaya menakhluki Syria. Rasulullah menggelarnya “Pemegang Amanah Bangsa” kerana pengetahuan tinggi yang dimilikinya. Setelah kewafatan baginda Rasulullah saw, Abu Ubaidah adalah diantara sahabat yang tulus hatinya dengan khalifah.

Seorang yang kacak, pemurah itulah watak sahabat yang mulia iaitu Muaz bin Jabal ra,beliau memeluk Islam diusia yang muda ketika berumur 18 tahun. Beliau merupakan salah seorang dari sahabat yang menyusun Al Quran ketika Nabi Muhammad saw masih hidup.Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “orang yang paling faham tentang halal haram ialah Muaz bin Jabal” dan antaranya lagi sabdanya: “dikalangan ilmuan,Muaz akan berada dibarisan paling hadapan di hari pengadilan kelak”. Sebelum menyertai Abu Ubaidah Amir Al Jarrah dalam penakhlukan yang membawa kejayaan pada beliau, Nabi Muhammad menghantar Muaz bin Jabal sebagai penasihat kepada penduduk Yaman.Muaz juga mengambil mengambil bahagian dalam ‘Perjanjian taat setia’(Bai’tul Aqaba) antara Nabi Muhammad saw dan pengikut-pemgikutnya dari Madinah.Muaz meninggal dunia pada usia 38 tahun di Lembah Jordan, kehidupannya selain dari itu banyak dipenuhi dengan mengajar Al Quran dan Islam. Makam beliau hari ini dibina dari sebuah bangunan moden dengan 5 buah kubah.

Saidina Syurahbil bin Hasanah ra adalah diantara umat Islam yang awal berhijrah ke Habshah.Beliau terkenal dengan keimanannya yang tinggi, kebijaksanaan, keberanian dan kejayaannya dalam pentadbiran. Syurahbil terlibat aktif dalam medan pertempuran Yarmuk dan penakhlukan Baitulmaqdis. Apabila Khalifah Abu Bakar Al Siddiq menghantar tentera Muslimin ke Syria, Syurahbil dilantik untuk mengetuai tentera tersebut menahkluki Jordan. Kemudian, Khalifah Umar Al Khattab melantik Syurahbil sebagai Gabenor Negeri Syria, kerana hubungannya yang baik dengan golongan bawahan. 

Saidina Amir bin Abi Waqqas merupakan saudara sepupu sebelah ibu dari Rasulullah saw dan juga merupakan antara orang terawal memeluk Islam. Dia tetap mempertahankan keimananya sekalipun ibunya Himnah, anak kepada Abu Sufyan bin Harb bin Umayyah,bersumpah untuk berjemur dibawah terik matahari sehingga dia meninggalkan Islam. Beliau berhijrah ke Habshah dan menyertai perang Uhud. Beliau adalah orang yang dipercayai untuk menjadi utusan membawa mesej dari ketua tentera Muslimin kepada khalifah di Madinah.Beliau juga merupakan timbalan kepada Saidina Abu Ubaidah dalam kawasan pemerintahannya didaerah Syria.

Saidina Dhirar Al Azwar adalah seorang penyair dan juga seorang yang suka berperang. Beliau terlibat dala memerangi golongan murtad dan turut serta dalam penakhlukan Syria, bersama-sama dengan adiknya yang terkenal Khaulah bt AlAzwar. Makam Dhirar terletak dalam sebuah bangunan berkubah dibandar Dheir ‘Alla. 

Gua Ashabul Kahfi

Kawasan ini suatu ketika dahulu dikenali sebagai Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawasan tersebut. Perkataan Ar-Raqim juga disebut di dalam Al-Quran dan Ahli Tafsir menafsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat. Secara ringkas kisah menurut ahli sejarah Ashabul Kahfi itu bermula di sebuah negeri yang bernama Asfus yang diperintah oleh raja kafir yang zalim iaitu Diqyanus sebelum kedatangan islam. Terdapat beberapa riwayat mengenai kedudukan Negeri Asfus antaranya Jordan, Turkey dan Syria.

Raja memerintahkan semua rakyatnya menyembah berhala atau berdepan dengan seksaan hingga boleh mati dibunuh. Hanya tujuh pemuda ini sahaja yang teguh dengan iman mereka kepada Allah Taala melarikan diri ke dalam gua bagi membolehkan mereka terus beriman kepada Allah yang berlandaskan ajaran islam dari Nabi Isa a.s.. Selepas 300 tahun lamanya, raja yang memerintah telah pun bertukar ganti dan kembali kepada agama yang menyembah Allah tetapi raja mempunyai masalah bagi membetulkan akidah rakyatnya yang telah lama dipesongkan oleh raja yang terdahulu. Sehinggalah pemuda di Gua Ashabul Kahfi ini di bangkitkan semula oleh Allah.

Setelah mereka bangun dari tidur. Perbicaraan antara mereka bermula “Mungkin kita telah tidur lebih sehari atau dua” kata salah seorang dari mereka. Setelah bangkit mereka mula mengatur langkah untuk seterusnya dan memilih antara mereka untuk membeli makanan di pasar. Tatkala membayar makanan yg dibeli oleh salah seorang dari mereka, peniaga tersebut dengan tiba-tiba marah kerana duit yang dibayar sudah tidak lagi diguna pakai. Ditangkap dan dibawa menghadap raja pada ketika itu. Setelah disoal siasat kerana pada mulanya disangka bahawa mereka mencuri harta warisan lama yang di simpan di dalam istana.

Dalam pada masa yang sama raja terkejut setelah mendengar cerita semua pemuda ini dan memberitahu bahawa yang zalim itu adalah raja yang dahulu 300 tahun yang lepas. Dan keadaan sekarang berubah. Raja yang sangat gembira menghimpunkan semua rakyat dan memberitahu akan kebesaran Allah mengenai 7 pemuda ini bagi mengembalikan aqidah rakyat.

Nama bagi 7 pemuda itu adalah seperti berikut mengikut salah satu riwayat dari para ulama :-

1.Maksalmina

2. Tamlikha

3. Martunus

4. Bainunus atau Nainunus

5. Sarbunus

6. Dzunuanus

7. Kasyfitatanunus

Bersama mereka terdapat seekor anjing bernama Qitmir yang mengekori mereka.

Petra

Petra yang dikenali dengan beberapa panggilan antara yang paling famous “The Hidden City” dan “The Lost City”. Mengikut kajian yang telah dibuat – Petra telah dibina 9 tahun sebelum Masihi dan wujud sehingga tahun ke 40 Masihi. Sebuah kota yang aman, selamat dari ancaman musuh mahu pun bencana alam serta sistem pengairan mereka yang teramat istimewa iaitu teknologi Hidraulik bagi mengangkat air. Membawa pengunjung kembali semula pada zaman kegemilanganya di satu masa dahulu mengenai Kaum Tsamud dan nabi yang di utuskan pada mereka ialah Nabi Saleh a.s seperti mana yang di ceritakan di dalam Qasasul Quran (قصص القران) .

Dan seperti mana diketahui ramai Kaum Tsamud ini adalah anak warisan daripada Kaum ‘Ad iaitu di zaman Nabi Nuh a.s yang telah dihancurkan kerana keingkaran mereka pada Allah Taala.

Medan Perang Mu’tah

Setelah mencapai perjanjian dengan Golongan Musyrikin Mekah sewaktu peristiwa Hudaibiyyah. Nabi SAW mula menumpukan usaha dakwah dan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan dan empayar-empayar besar sekeliling Madinah. Baginda mengutuskan utusannya kepada Empayar Rom, Parsi, Yaman, Najran dan Ghassan.

Namun kerajaan Ghassan, sebuah kerajaan Arab kristian yang bernaung di bawah Empayar Rom ( Byzantine ) telah membunuh utusan baginda s.a.w, Al-Harith Bin Umair Al-Azdi. Ini membangkitkan kemarahan baginda SAW walaupun ada utusan yang diejek namun belum pernah lagi dibunuh.

Setelah itu baginda SAW menyiapkan angkatan tentera yang terdiri daripada 3 ribu orang. Ia merupakan pengalaman kali pertama tentera islam berjihad di luar bumi Hijaz dalam keadaan cuaca sejuk melanda bumi Syam ketika itu. Namun agak ganjil pada kali ini apabila Rasulullah SAW telah mewasiatkan sesuatu yang tidak pernah dilakukan iaitu menamakan pengganti panglima tentera jika panglima utama, Zaid bin Harithah syahid. Sabda Nabi SAW:-

“Jika ia mati syahid dalam peperangan, maka Ja’far bin Abi Thalib ra. menggantinya sebagai pemimpin pasukan. Jika ia juga mati syahid, maka penlimpin pasukan digantikan oleh Abdullah bin Rawahah ra. Jika ia juga mati syahid, maka terserah kaum muslim untuk memilih siapa pemimpinnya”.

Setelah mendengar kemaraan tentera islam, Syarhabil Bin Amru ( Pemerintah Ghassan ) telah mengumpulkan 100 ribu bala tenteranya. Dalam masa yang sama, Maharaja Hercules ( Maharaja Rom ) telah menyiapkan 100 ribu lagi tentera dalam usaha membantu kerajaan naungannya itu.

Tatkala mengetahui jumlah tentera musuh, tentera muslimin berhenti di Ma’an berbincang samada ingin meneruskan misi ataupun memaklumkan terlebih dahulu kepada Rasulullah s.a.w. Namun Abdulllah bin Rawahah yang terkenal sebagai seorang penyair meniupkan semangat kaum muslimin agar terus berjuang agar memperolehi kemenangan dunia ataupun ganjaran syahid di akhirat.

Perang berlaku dengan sengitnya pada tahun ke 8 hijrah ( 629 masihi ). Pasukan musuh menumpukan serangan kepada pemegang panji tentera muslimin, Zaid bin Harithah yang berakhir dengan kesyahidan beliau. Kemudiannya panji islam disambar oleh Ja’far Bin Abi Tolib, ditetak tangan kanan, kemudian tangan kiri dan akhirnya syahid juga. Seperti wasiat Nabi SAW dan akhirnya giliran Abdullah bin Rowahah yang meneruskan penentangan tentera islam.

Namun beliau juga syahid. Setelah itu, panji tentera dipegang oleh seorang sahabat Thabit bin Arqam yang meminta agar tentera islam bermesyuarat untuk memilih penglima baru. Akhirnya Khalid Al-Walid yang sewaktu itu baru memeluk islam dilantik sebagai panglima atas pengalaman beliau sebelum ini.

Menurut rekod, 12 orang tentera islam yang syahid dan disemadikan di bumi Mazar. Cuma yang dijaga hanyalah 3 maqam panglima perang iaitu Zaid bin Harithah, Ja’far bin Abi Tolib dan Abdullah bin Rowahah.

Gunung Nebo

Pengkaji Barat mendakwa sejarah Jordan dikatakan bermula di Bukit Nebo (Mount Nebo). Bukit Nebo ini terletak berhampiran Madaba dan didakwa sebagai tempat di mana Musa as dikebumikan. Dari atas Mount Nebo, pengunjung dapat menikmati pemandangan Lembah Jordan, Laut Mati dan juga Jerusalem serta Baitulaham. Pada 393 M sebuah gereja telah dibina. Pada kurun ke-7 M bukit ini menjadi tempat perkumpulan bagi para haji yang datang dari jauh. Memorial dari gangsa berbentuk ular yang meliliti palang Salib dibina oleh Gian–Paolo Fantoni of Florence. Ular yang ditunjukkan adalah simbolik kepada ular yang kononnya ditemui di padang pasir dan dipelihara Musa dan sebegitu juga dengan penyaliban Isa yang bertujuan untuk menebus dosa umatnya.

Dari puncak Gunung Nebo itulah dikatakan Nabi Musa berdiri dan menunjukkan jarinya ke arah tanah Palestin dan memberitahu Bani Israel dari Sinai bahawa itulah dia Tanah Yang Dijanjikan (The Promised Land). Nampak jelas dari situ, City of Jericho di seberang Sungai Jordan dan Jerusalem di seberang Laut Mati. Lepas tu Banginda wafat.

Makam Nabi Shuib

Terletak di sebuah lembah yang cukup subur, jalan menuju ke sana dipenuhi dengan sayur-sayuran ditanam di lereng-lereng bukit ibarat seperti di Cameron Highlands tetapi ianya tidak dipenuhi hutan teapi gurun yang subur. Nabi Shuib telah memberi perlindungan kepada Nabi Musa setelah dia membunuh seorang penduduk Mesir. Berkali-kali dia berdakwah kepada kaumnya dan meminta kaumnya supaya meninggalkan perbuatan jahat mereka terutamanya dalam mengurangkan timbangan dan sukatan dalam perniagaan.

Jambatan Allenby

Salahsatu imigresen yang paling ketat di dunia antaranya ialah imigresen di Jambatan Allenby atau dalam bahasa inggeris dipanggil sebagai Allenby Brigde. Dikalangan masyarakat asal Palestin dan Jordan , namanya lebih dikenali sebelum ini sebagai King Hussein Brigde. Dalam jarak 5km dari Allenby Bridge , anda akan dapat melihat beberapa post kawalan dan askar yang menjaga jalan-jalan di sekitar menuju ke Allenby. Kawasan di sekitar agak sunyi dan boleh diibaratkan seperti anda berada di markas tentera.

Masjid al-Aqsa dan Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock)

Al-Masjid al-Aqsa adalah merupakan masjid ketiga tersuci di dalam agama Islam. Ianya juga merupakan tempat di mana Allah memperjalankan nabi Muhammad SAW pada waktu malam semasa peristiwa Isra’ dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di al-Quds. Lokasinya terletak di kawasan yang diberkati dan suci. Keberkatan kawasan tersebut bukan sahaja dapat dinikmati daripada aspek spiritualnya sahaja, tetapi daripada aspek material pun dapat dirasai, seperti kesuburan tanah yang menghasilkan produk perladangan terbaik, cuaca yang nyaman dan seumpamanya. Ramai nabi menjadikan bumi ini sebagai tempat tinggal di dalam misi dakwah mereka. Masjid ini juga pernah menjadi qiblat pertama bagi umat Islam.

Suatu masa dahulu, umat Islam bebas untuk keluar masuk di dalam al-Aqsa. Ramai yang memulakan pergerakan menunaikan haji dari masjid ini. Apatah lagi terdapat galakan langsung daripada nabi Muhammad untuk menziarahinya. Sehinggalah penjajahan Zionist ke atas Palestin, al-Masjid al-Aqsa kini sunyi daripada pengunjung Muslim bukan Arab.

Di dalam bersemangat mempertahankan al-Aqsa, ada antara umat Islam yang cuba untuk memperkenalkan bangunan al-Aqsa. Antara maklumat yang kerap disebarkan melalui rantaian email dan tapak sesawang seperti ini, ialah menyatakan yang Qubbah al-Sakhrah (Dome of the Rock) adalah bukan al-Aqsa. Mereka mendakwa yang ianya adalah propaganda Zionist untuk mengalihkan fokus umat Islam daripada mempertahankan al-Masjid al-Aqsa yang sebenarnya. Ramai daripada kita yang percaya dengan maklumat ini.

Al-Aqsa ialah kawasan yang  meliputi semua monumen, bangunan dan tanah lapang di dalam pagar al-Aqsa seperti gambar di atas. Ini termasuklah Dome of the Rock, yang merupakan sebahagian daripada al-Masjid al-Aqsa.

Kota tua Jerusalem

Kota tua Jerusalem mempunyai kisah sejarah yang sangat panjang. Salah satu dari beberapa tempat yang selalu dikunjungi wisatawan peziarah adalah kawasan Via Dolorosa atau kawasan Jalan Salib. Mengunjungi Kota Tua Jerusalem rasanya seperti sedang membuka kembali catatan sejarah kuno peradaban manusia. Termasuk di dalamnya tentang karakter manusia dalam dinamika hubungannya dengan Allah.

Gereja Makam Kudus adalah gereja yang terletak di Kota Tua Jerusalem dan menjadi tapak ziarah yang paling kudus di kota Jerusalem. Tapak tradisional Golgota, di dalam gereja “Gereja Makam Kudus”. Tapak ini dipercaya oleh banyak umat Kristiani sebagai Golgota, tempat Nabi Isa disalibkan. Gereja ini menjadi tujuan peziarahan Kristen sejak abad ke-4, sebagai tempat wafat dan kebangkitan Nabi Isa. Ada cerita menarik di dalam Gereja ini yaitu penjaga gereja ternyata adalah seorang yang memeluk kepercayaan non-kristiani sejak ratusan tahun yang lalu.

Tembok Ratapan atau Tembok Barat di Jerusalem, diyakini oleh banyak orang sebagai sisa-sisa dari salah satu dinding sebuah kuil Yahudi besar atau dinding yang mengelilingi halaman kuil. Tembok Ratapan merupakan dinding batu yang menjulang sekitar 18,9 m dari atas tanah. Tembok ini dianggap tapak suci oleh orang Yahudi, dan ribuan orang berziarah di sana setiap tahun.

Tapak Perang Hattin

Perang Hattin adalah perang besar yang terjadi di kawasan Jerusalem. Pasukan dari Dinasi Ayyubiyyah Kurdi yang dipimpin oleh Salahudin Ayubi harus melawan Tentara Salib dari kerajaan Jerusalem. Perang ini terjadi selama dua hari di bulan Ramadan tahun 1187 dengan hasil kemenangan mutlak bagi Dinasti Ayyubiyyah Kurdi. Perang ini mempertemukan 20.000 pasukan salib dan 30.000 pasukan Muslim yang terdiri dari 12.000 kavaleri dan 18.000 infanteri. Perang yang membuat Jerusalem menjadi milik umat Islam ini hanya mengakibatkan sedikit korban jiwa meski peperangan berlangsung dengan sangat sengit.

Comments

Leave a Reply