Turki – Sejarah Masjid Biru Istanbul, the Blue Mosque

            Masjid Sultan Ahmed atau lebih dikenali sebagai The Blue Mosque telah dibina pada zaman pemerintahan Ahmed I pada tahun 1609 dan 1616. Masjid ini dikenali sebagai Blue Mosque oleh kerana ribuan batu marmar yang ditampal dengan tangan pada sekitar kawasan dalam sebagai hiasan kepada masjid tersebut. Keindahan interiornya yang didominasi warna biru menimbulkan kesan damai dan tenang. Masjid ini masih berfungsi dan mampu menampung seramai 10,000 jemaah sewaktu solat.

            Masjid yang berwarna biru ini telah dibina di sebuah sudut istana maharaja kerajaan Byzantine pada suatu masa dahulu berhadapan dengan Hagia Sophia (yang ketika itu ialah masjid yang terhormat di Istanbul) dan hippodrome, suatu tempat yang mempunyai tanda kepentingan hebat. Bahagian-bahagian besar sebelah selatan masjid terletaknya penubuhan, bilik kebal dan undercroft Istana Raya. Beberapa istana, telah dibina pada tempat yang sama, telah dibeli (pada harga mahal) dan dirobohkan, terutamanya istana Sokollu Mehmet Paşa, dan bahagian-bahagian besar Sphendone (tribune yang melengkung dengan struktur bentuk-U curved pada hippodrome).

            Uniknya tentang masjid ini lagi adalah menaranya. Menurut kisah, menara ini dibina apabila arkiteknya telah tersalah dengar perintah Sultan. Pada ketika itu, Sultan telah memerintahkan agar ‘Altin Minareler’ yang bermaksud menara emas dibangunkan. Namun, arkiteknya telah memahami agar ‘Alti Minare’ yang dibangunkan yang membawa maksud enam menara. Hal ini telah menjadikan masjid ini antara salah sebuah daripada lapan masjid di Turki yang mempunyai menara yang terbanyak. Pembinaan masjid ini turut menjadi sebuah kontroversi apabila ciri rekaaannya menyerupai rekaan Masjidil Haram yang ciri rekaan khasnya; sebuah masjid dengan bilangan menara yang banyak. Oleh itu, Sultan telah memerintahkan agar Masjidil Haram ditambah satu lagi pembangunan menaranya kepada tujuh buah menara menjadikannya sebuah masjid yang mepunyai menara yang terbanyak.

            Menurut kisah, pemasangan rantai besi di pintu gerbang masjid adalah bertujuan supaya Sultan Ahmed akan menundukkan kepalanya ketika menunggang kuda memasuki ke perkarangan masjid. Hal ini adalah sebagai simbol merendah diri dan bahawa kekuasaan penguasa sama sekali tidak sebanding ALLAH SWT.

            Seperti kebanyakan masjid-masjid lain, Masjid Biru ini turut mempunyai makam pengasasnya, sebuah madrasah dan sebuah hospis. Selain daripada menjadi sebuah masjid yang masih berfungsi dan dikunjungi untuk menunaikan ibdah, masjid ini turut menjadi sebuah tarikan para pelancong yang datang ke Turki. Oleh itu, masjid ini akan ditutup kepada pelancong selama setengah jam pada setiap kali masuk waktu solat fardhu kecuali pada yang datang untuk melakukan ibadah.

            Kemasukan ke dalam masjid ini tidak dikenakan sebarang bayaran namun, pengunjung dikehendaki beratur dan mengenakan pemakaian yang sopan serta membuka kasut sebelum melangkah masuk ke dalam masjid. Pihak masjid ada menyediakan beg plastik untuk meletakkan kasut dan pemakaian serta tudung yang menutup aurat kepada pengunjung perempuan secara percuma yang boleh dipinjam untuk memasuki masjid.

Sejarah Masjid Hagia Sofia

            Masjid Hagia Sofia terkenal dengan menjadi salah sebuah masjid dan bangunan yang ikonik di Istanbul. Namun begitu, ramai yang tidak mengetahui bahawa masjid ini adalah merupakan sebuah gereja pada awal penubuhannya dan jauh lebih berusia daripada Blue Mosque. Ramai juga yang seringkali menyangkakan bahawa Hagia Sofia adalah Masjid Biru dan sebaliknya. 

            Megale ekklesia yang membawa maksud gereja besar ini telah dibina sebanyak tiga kali di  tapak yang sama setelah musnah akibat kebakaran ketika rusuhan pada tahun 404 dan kebakaran kedua ketika rusuhan Pemberontakan Nika pada tahun 532.

            Hagia Sofia yang membawa maksud “kebijaksanaan suci”, telah menjadi sebuah gereja selama hampir 1000 tahun lamanya sebelum berjaya ditakluki oleh Sultan Mehmed II pada tahun 1453 yang membawa kepada sejarah Turki yang seterusnya. Pada ketika itu, Sultan Mehmed kagum dengan katolik ortodoks yang besar di pusat bandar dan telah mengarahkannya menjadi sebuah masjid.

            Kisah Hagia Sophia menceritakan sejarah Istanbul dan Turki secara keseluruhannya dalam pelbagai cara. Lukisan yang menggambarkan Jesus, Mary dan Christian saints digantikan dengan minbar dan mihrab dan empat menara ditambah, berdirilah Hagia Sophia sebagai sebuah masjid se1ama 482 tahun. Setelah itu, pada tahun 1935, republik sekuler Turki yang diketuai oleh pemimpin revolusioner, Ataturk telah menutup pintu untuk solat dan mengubahnya menjadi sebuah muzium. Berikutan itu, pelbagai lagi perubahan yang dilakukan bagi menciptakan ciri-ciri moden yang kita lihat pada masa kini dan berakhirlah pemerintahan ribuan tahun kerajaan Uthmaniyah di Istanbul dan negara-negara lain yang dilalui sebelum kemasukan di Istanbul.

            Berbeza dengan Majid Biru, Hagia Sophia yang kini sebuah muzium mengenakan bayaran sebanyak 60 TL kepada pelancong yang datang. Pengunjung juga bebas berpakaian dan pemakaian yang sopan tidak diwajibkan oleh kerana ia kini merupakan sebuah muzium.

Comments

Leave a Reply