7 Sebab Kenapa Anda Perlukan Perkhidmatan ‘Travel Agency’

Sekarang makin banyak iklan agensi pelancongan (travel agency) di media sosial atau pun iklan di akhbar dan majalah. Ramai yang beranggapan bahawa travel agency ni mahal dan menelan kos yang lebih dari sepatutnya. 

Tapi pernahkah anda terfikir, sekiranya berlaku kecemasan di tempat/negara orang, bagaimana nasib anda pada waktu itu?

Disebabkan itu lah kita sangat memerlukan travel agency untuk memudahkan pergerakan dan pengembaraan di tempat orang, tambah pula jika kita tidak pernah menjejakkan kaki di tempat tu kan? Di sini saya kongsikan 7 sebab kenapa anda perlukan perkhidmatan travel agency:

1.Berpengetahuan luas

Travel agency menggunakan sepenuh pengetahuan dan pengalaman di tempat tersebut untuk merealisasikan ibadah umrah/haji juga pelancongan idaman anda. Travel agency yang sudah biasa dengan tempat itu tentunya tahu tempat paling menarik dan restoran halal lagi sedap untuk bawa anda ke sana

2. Menjimatkan masa

Pergi bercuti memerlukan persediaan yang lama seperti menempah tiket penerbangan, penginapan di hotel dan tempat yang mahu dilawati. Serahkan saja semua kepada travel agency kerana anda sendiri tidak tahu jarak suatu tempat menarik dengan yang lain dan perlu mengambilkira soal kenderaan di sana pula.

3. Keperluan yang lengkap

Travel agency akan mengatur segala keperluan bermula daripada sebelum hingga selesai pelancongan anda dari segi penerbangan, penginapan dan kenderaan ketika berada di sana.

4. Membantu ketika kecemasan

Travel agency akan menguruskan hal-hal yang berkaitan ketika belaku kecemasan kepada anda di sana. Mereka akan membantu dari segi menghubungkan anda dengan orang tempatan yang betul untuk berurusan dengan mudah.

5. Keselesaan terjamin

Travel agency akan memastikan pelanggan selesa dan berpuashati dengan perkhidmatan mereka. Pada mereka, keselesaan para pelanggan amat penting untuk bercuti di samping mahu memastikan kelangsungan perniagaan mereka pada masa hadapan.

6. Lebih fleksibel

Selalunya yang merancang untuk pergi secara sendiri, tentu dah merancang jadual perjalanan kan? Tapi adakah anda mengikut sebetulnya seperti di rancang? Bila dah sampai sana, hati mesti teringin nak pergi ke tempat yang tiba-tiba nampak cantik di mata padahal tiada dalam plan. Bila dah salah plan atau tak ikut plan, masa anda akan banyak dihabiskan di jalan saja. Travel agency lebih tahu nak susun tempat dengan masa yang ada.

7. Harga yang berbaloi

Travel agency menawarkan harga yang berbeza mengikut pakej yang dipilih oleh pelanggan yang tentunya lengkap, murah, berbaloi dan memberi kemudahan.

Kenapa Anda Perlu Berurusan dengan MR Travel & Services (MRTS)?

  1.  Sudah 15 tahun berkhidmat dalam bidang pelancongan
  2. Diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
  3.  Berdaftar dan bernaung di bawah Muassasah Arab Saudi (bagi perkhidmatan pakej umrah)
  4. Pilihan utama golongan VIP dan berkepentingan
  5. Harga yang ditawarkan adalah berbaloi dengan pakej yang anda pilih dimana, anda boleh memilih pakej sedia ada atau Do-It-Yourself perjalanan anda nanti!

Tepuk dada tanyalah selera…

Rugi Tak Singgah Kalau Melancong Ke Seoul, Korea

Bila sebut pasal Korea Selatan, ramai yang tahu mengenai K-Pop. Paling mudah diingati pun mungkin episod Running Man. Kan? Sebenarnya, selain industri hiburan Korea Selatan, banyak tempat menarik dan bersejarah yang mengalu-alukan kedatangan pelancong ke negara tersebut.

Seoul, ibu negara bagi Korea Selatan, adalah metropolis besar atau dalam erti kata lain sebuah bandar yang sangat besar. Tentunya menjanjikan pelbagai tempat unik dan menarik kepada para pelancong. Mari kita lihat satu persatu tempat menarik yang wajib singgah kalau melancong ke sana.

Cosmetic Store in Myeondong

Suka kan tengok kulit wajah selebriti Korea yang putih, mulus, flawless tu?

Semestinya mereka menggunakan produk kosmetik yang diyakini memberi kesan terbaik atau berkualiti. Bahkan di negara kita pun ramai netizen yang dah mula menggunakan produk dari negara Korea Selatan kan? Ini lah masanya nak memborong!

Lotte World

Jom merasai pengalaman berhibur di Magic Island iaitu indoor theme park dan outdoor amusement park yang paling besar di dunia. Sesuai untuk semua pelancong tak mengira umur. Bila lagi nak merasa kehidupan fantasi kan?

Gyeongbok Palace

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan istiadat penukaran pengawal istana kat sini! Istana yang besar dan cantik ini menjadi pilihan pelancong untuk merakam momen indah. Anda juga berpeluang untuk memakai kostum pengawal istana. Cepat berebut!

Everland

Jom cabar diri anda untuk merasai ketakutan menaiki roller coaster yang ke-5 terpantas di dunia. Berani ke tidak? Selain tu, ada juga Zoo-Topia untuk anda peminat haiwan haiwan comel dan European Adventure dimana ada banyak kebun bunga tulip yang cantik cantik!

Namsan Tower

Siapa yang tak tahu mengenai menara ni, hm entah lah. Popular tau! Hampir setiap K-Drama mesti akan diselitkan menara ni. Wajib singgah kalau ke Seoul okay?

Nami Island

Semua orang dah sedia maklum dengan drama Winter Sonata yang popular dulu kan? Nak tengok lokasi penggambaran drama tu tak? Sini lah tempatnya. Boleh menikmati pemandangan indah sambil naik ferry cruise tau.

Dongdaemun

Tarikan disini memperlihatkan ciri ciri futuristik di bangunan Dongdaemun Design Plaza selain para pelancong dapat membeli belah di Dongdaemun market yang merangkumi 26 shopping mall.

Namdaemun Market

Untuk kaki shopping, anda boleh singgah di market ini yang mempunyai 1700 buah gerai. Haa banyak kan? Rambang mata nak membeli nanti.

Macam mana? Banyak tak tempat menarik kat Seoul, Korea? Ini baru sikit tau. Sebenarnya ada banyak lagi pilihan untuk berkunjung. Bila lagi nak pergi Seoul ye?

Jom melanggan pakej Seoul 5D4N dengan MRTS! Pakej All-In yang lengkap dengan tiket penerbangan pergi-balik, penginapan, makanan halal, tour guide Korea yang fasih berbahasa Inggeris, dan…… yang paling penting termasuk dengan tiket ke semua tempat lawatan.

Nak ke tak nak?

Comments

Leave a Reply